About Attraction Contact Privacy Policy Travel Blog

Ticket To Travel - Prague

Bandaraya Prague, rasanya perjalanan ini cukup bermakna dalam diri, terasa berat hati untuk melangkah meninggalkan Kota Prague yang cantik.

Cuaca yang baik, dingin, terasa segar meresap dalam tulang temulang, angin yang bertiup sunguh lembut dan membawa hawa dingin bagai membeku.
Ticket To TGravel
Kota Prague Yang Unik Indah Mata Memandang
Kota Prague yang unik. 

Prague berada didalam negara Czechia ialah salah satu negara bekas jajahan soviet bersempadan dengan negara, Geman, Poland dan Austria, serta berada di tengah tengah, yang mana dikelilingi bukit bukau, pergunungan yang berdaun "Pines" tinggi dan lurus,

Jalan yang berbukit dan bertebing, dikiri kanan dipenuhi pepohon serta tasik tasik yang indah mata memandang, Tiada lautan atau pantai disini, itu adalah penyebab utama kenapa Prague menjadi bandar yang paling sejuk samada di musim "Summer".
Pragues
Photo By "Radek Pimper"

Rumah penduduk disini juga amat cantik, ia berbeza sama sekalai dengan rumah di negara asia, khususnya di Tanah Air penulis, Malaysia.

"Kล™ivoklรกtsko" ialah nama tempat bahagian taman hijau berdekatan dengan Bandar Prague, "Kล™ivoklรกtsko" di penuhi denai, sungai, tasik yang luas, pepohon yang merimbun amat sesuai untuk "hiking" berkelah dan mengambil angin petang dalam musim summer.
Prague
Bandar Prague

"Prague" memang terkenal dengan bandar penghubung, iaitu bandar yang belah oleh sungai yang luas dan mempunyai beberapa jambatan yang cantik serta unik, untuk merentasi ke tempat tempat yang lain anda pasti kena melalui sungai. Dalam musim "Winter" air sungai ini seakan membeku dan menjadi teramat dingin apabila angin menghembus, udara yang keluar daru muluk anda seperti menghisap rokok, berasap asap, bagai berkabus.

Suasana senja terlalu "romantik", sudah menjadi adab penulis akan bersantai bersama secawan kopi panas yang beraroma beserta sebatang rokok dijari menghiasi petang yang sunyi dan tenteram, sesekali camar datang, hinggap di pagar cafe.



No comments:

Post a Comment

Advertizing

Add Your Banner

Blog Nikmati Santai, Compatible view with, Chrome, Firefox, Internet Explorer, Apple and more, as well Best view for Mobile or All type of Tab

Nikmati

Nota

Dilarang sama sekali membuat salinan photo dan lain lain dalam blog ini adalah hakcipta terpelihara.

Topic Archive