About Attraction Contact Privacy Policy Travel Blog

Related Article Tag
Showing posts with label culture. Show all posts

Penerbangan Pertama


E mpat tahun aku kerja sebagai operator pengeluaran di sebuah kilang membuat screen TV yang terletak di Shah Alam, Selangor. Antara suka duka, cinta, ya ada cinta yang bertaut tapi hati aku tidak merasa ia hadir


extra ticket
Birmingham Canal, berhampiran dengan "Bobby Brown" cafe
 
kerana aku lebih memikirkan pasal"Travel". Travel untuk untuk keluar dari negara Malaysia. Terlalu banyak kenangan pahit dari manis semasa berada di Shah Alam sehingga aku membuat keputusan berhenti kerja dan menceburi dalam dalam bidang perhotelan, juga di Shah Alam, iaitu Hotel Radisson Blu.

Semasa bekerja di Radisson pengalaman / pengetahuan aku semakin meluas tentang melancong, dipendekan cerita, aku cuba mencari tiket penerbangan, dengan harga RM1600.00 (return). KLIA to Singapore- London. pada ketika itu KLIA baru sahaja dibuka.

Aku mengambil cuti seminggu lebih, akhirnya cita cita ku menjadi kenyataan, berlepas pada pukul 11malam di KLIA menuju ke Changgi Airport menaiki Jumbo Airlines.

Semasa dalam penerbangan aku berada di belakang seat Najib Ali (Artis Singapore), hidangan makanan cukup sedap, aku hanya makan dan menonton Movie's, dan tidur hanya sekejap sekejap, kerana hati terlalu teruja. Sehingga aku terpaksa masuk tandas flight, aduh peliknya tandas kapal terbang, apa boleh buat dan terdesak, on sahaja.

Semasa dalam Heathrow Airport, aku sudah dapat merasa aura Kota London, setelah keluar dari dari pintu perlepasan aku merasa seolah olah berada disuatu tempat yang aku pernah sampai, tapi hakikatnya belum. Angin lembut bertiup, terlu dingin sehingga meresap dalam dalam tulang temulang, segar dan nyaman.

Extra
Sungai di tengah bandar


Kemudian aku menuju ke Birmingham, Stafforshire, di sinilah kenangan yang terindah dalam hidup ku, dan disinilah yang mengubah hidup ku.[no-sidebar]

Penulis Masuk Lokap Di Pergunungan Negara German


Pengalaman suka duka penulis ditangkap di "Airport Frankfurt" "Ngeri Tapi Best". Sebelum penulis menceritakan suka duka ini, biar penulis menerangkan, kenapakah pengembaraan ini menjadi terlalu taksub dalam hidup penulis.

Perancangan untuk ke Frankfurt German memang telah lama dirancang, iaitu sejak penulis berada di Negara Ireland, iaitu negara terindah dan menjadi Kampung dalam sanubari Penulis, selama 2tahun penulis menjadi rakyat "Irish".Ya penulis memang jatuh cinta disini.

Extra
Pengalaman Suka Duka Di German Sampai Masuk Lokap
Selepas bertolak dari rumah, di sebuah tempat yang diberi nama :Limerick City" dan sampai di Ibbu Kota Dublin, pada sebelah petang iaitu hampir senja, dan bermalam di sebuah "Motel Inn".

Dengan penuh keterujaan dan hati bergolak golak riang, rupanya "Paspport" dan sedikir Euro telah dicuri dan bukan hilang. Ini juga menjadi pengalaman dalam sanubari penulis.

Maka terpaksalah, berpatah balik ke Limerick City di rumah, dan membuat rancangan  Ke Kota London untuk membuat passport baru yang terletak di Trafalgar Square Iaitu "Malaysia Embassy" Process membuat passport baharu bagi Negara Malaysia akan mengambil masa setahun baru siap jika ia berpunca dari kehilangan.

Maka bertahun lagilah penulis berada di Kota Dublin dan Ulang alik ke Kota London, oleh kerana membuat passport yang baru mengambil masa yg lama, maka penulis mencuba "Luck" masuk ke negara German dengan menggunakan Emengency Passport dan Pass kerakyatan "Republic Of Ireland".

Rupa rupanya, mendung tidak selalunya hujan, cuma kabus kabus yang berterbangan bersama angin dingin di Kota Frankfurt telah tertahan. Tidak sempat penulis meneguk secawan kopi "Davidoff" dan sebatang rokok yang juga beraroma, ikaitu rokok buatan negara "Germany"

Apa lagi penulis dibawa masuk bilik rahsia yang serahsianya, di sini penulis dilontarkan beberapa soalan, kebanyakan soalan semua dapat penulis menepis akan tetapi ia agak sukar kerana, orang german bukanlah faham sangat bahasa "London"

Pegawai pegawai dan beberapa ahli polis berdiri mengelilingi penulis, selepas berpuas hati dengan jawapan penulis, dan tiada sebarang unsur jenayah seperti membawa dadah, ganja, selepas anjing pengesan berada dekat dan tak ada "reaction" maka seorang pegawai tersebut menyuruh penulis menaggalkan pakaian,

Ingatkan baju dan seluar sahaja rupanya kena buat seperti "baby" yang baru lahir, bukan anjing yang menghidu lagi tetapi pegawai tersebut menyelak paha penulis, bimbang dan ragu penulis menyimpan dadah atau ganja dalam "tut-tut-tut"

Well, It was good managed by them, maka penulis harus meninggalkan kota Frankfurt dalam jangka masa terdekat, namun disebabkan oleh sukar untuk pegawai pegawai mengurukan tiket penerbangan, penulis dibawa ke sebuah pergunungan yang cukup indah, dingin sedinginya  Melalui kawasan yang berbukit bukit, ladang gandum luas terbentang, tasik yang luas, bunga bunga liar tumbuh mengembang, maka sampai lah penulis bersama ahli Jabatan Polis. di Kem tahan serta perumahan bagi pekerja polis. Kalau di Kuala Lumpur iaitu, "Dang Wangilah atau di Bukit Aman".

Sebelum matahari tenggelam, pegawai polis memberi penulis sebatang rokok serta kopi dan roti bersama cheese untuk dijadikan sarapan malam sebelum bermalam di dalam lokap. Ummph merasa jugak penulis tidur dalam lokap di gunung, Sejuknya jangan bertanya, memang sejuk maklumlah negara Eropah, walau pun di musim "Summer".

Mereka tersenyum sahaja bila penulis mengajukan pertanyaan, rupanya mereka kurang faham, sesekali sahaja berkata kata dalam bahasa "London" tapi mereka semua baik hati, tidak melakukan kejahatan bagi tahanan, mungkin juga kerana penulis tiada unsur jenayah, cuma kesalahan memasuki negaranya tanpa " Passport" yang sah.

#StayTune With Penulis dalam #ExtraTicket.

Mengembara Ke Bandar Dublin - Republic of Ireland


Ireland, negara yang kecil manis, kehidupan masyarakat disini sangat "simple", mereka hidup dalam sederhana bukan seperti di Kota London,

Pengalaman pengembara/penulis ketika berada dalam negari sungguh mengusik jiwa, terlalu banyak tarikan istimewa, Ireland dipenuhi dengan padang rumput yang menghijau ketika musim "summer atau spring bunga bunga liar akan tumbuh dan menguntum.
Pemuzik Jalanan di Kota Dublin
Pemuzik Jalanan di Kota Dublin

Di padang rumput, dipenuhi dengan bebiri serta ternakan lain, mereka hidup bertani hampir disemua daerah kecuali Dublin kota yang dikira besar berbanding dengan kota kota lain di kawasan pendalaman.

Di sini hujan sentiasa turun renyai renyai bersama tiupan angin yang laju dan terasa amat dingin sehingga meresap dalam tulang temulang.

Perjalanan menuju ke Kota Dublin melalui kawasan kampung kampung yang unik, pepohon hijau dan berwarna warna, merah, oren dan dipenuhi bunga bunga yang cantik tumbuh disepanjang laluan.

Dimusim "Summer" adalah waktu yang amat sesuai untuk beriadah dan lepak di cafe cafe sambil meneguk secawan kopi, walaupun musim panas, anda diingatkan supaya memakai jaket samada singkat atau labuh kerana iklim disini amat dingin, dan menjadi terlalu dingin setelah masuk musim "Autumn".

Extra Ticket
Padang Rumput Yang Berkabus Di Kawasan Pendalaman
Penulis menjelajah disetiap sudut lorong dan jalan jalan kecil di Kota Dublin, hanya mencari ketenangan yang mana anda tak akan jumpa di negara Asia, seperti Malaysia, Indonesia dan lain lain.

Petangnya, hanya menghabiskan masa lapang dengan lepak di dalam cafe ditepi jalan sambil berhiburdengan "Street busker". Tak terasa senja hampir tiba dan mentari masih tergantung didada langit, merpati masih berkeliaran dibangunan serta jendela.

Anda tak memerlukan kipas angin atau aircond di sini, tetapi anda mungkin memerlukan pemanas, suhu dingin mencecah 5 celsius, satu baldi bertakung air akan membeku sekiranya letak di luar rumah anda.

Extra Ticket
Salah Satu Bangunan Yang Menarik Di Kota Dublin
Terfikir dalam kotak jiwa, walau pun dingin membeku burung burung liar masih beterbangan dalam kabus kabus putih serta salakan sahut jauh serigala bukit dan suara bebiri dipadang. Pada malam hari, Kota Dublin menjadi sepi, seolah menganjak penulis mengingati kisah kisah lama, yang penuh duka namun tak terasa kesepian itu menusuk jiwa. Kerana disini jiwa telah menjadi aman pabila disimbahi hujan renyai, disaluti dengan salji yang lembut jatuh beterbangan dari langit kelabu yang penuh berkabus.


Selamat datang Ke Grafton Street Dublin [no-sidebar]

Lepak Di Bandar Hungary


Hungary ! berada di tengah antara negara di daerah "Eropah" yang lain iaitu bersempadan dengan negeri Bosnia, Slovakia, Austria dan Croatia serta Bosnia.
Ticket To Travel 

Di bandar hungary, terdapat bangunan bangunan lama yang sedia ada telah wujud sejak berzaman dalam pra sejarah "Soviet" keunikan bangunan serta cuaca yang indah menjadikan bandar Hungary menjadi kesukaan ramai pelawat atau pengembara.

Melancong Ke Eropah
TRAVEL WITH ME
Mencari Hotel

Kota Makkah

Kota Makkah "Kota Suci"

Adalah sebuah Kota yang diidamkan oleh setengah umat Islam untuk dilawati serta berbuat Ibadah, namun sejauh manakah keinginan anda untuk sampai di sana? Jarang sekali kita dengar tentang orang yang berkemampuan untuk pergi di sana, dan biasa kita dengar dari mulut orang orang kampung yang tidak mempunyai harta benda untuk ke sana. Namun ytak kesampaian.



Setengah dari mereka dari pagi sampai ke petang mencari duit untuk buat bekalan tetapi simpanan mereka tak juga mencukupi. Adakala setengah  dari mereka telah menyimpan sejak berpuluh tahun untuk buat bekalan. Betapa gembiranya mereka apabila sampai ke sana.
Flag Trips - Saudi Arabia
Tetapi bagaimana anda? Faji bulanan sampai mencecah ribuan ringgit, tetapi katanya " Duit tak mencukupi"
nak kata hairan, tak juga rasa pelik! Sebenarnya jika anda orang yang bergaji ribuan ringgit senang sahaja untuk pergi ke sana asalkan ada kemahuan, tetapi itulah hakikat sebenar, kadang kadang kerana wang ringgit kita menjadi semakin buta dan hati semakin tertutup.

Kisah tempat yang indah ini bukan seindah bumi "London atau Eropah" tetapi jika anda poergi ke sana, perasaan indah itu akan hadir seperti anda berada dalam mimpi yang indah jika atas pemberian Ilahi secara tiba tiba. Anda akan merasa terlalu ringgan bebanan yang anda alami selama ini, jika ada keiklasan di hati anda, terdapat banyak perassaan yang akan hadir secara tak sengaja. Salah satunya mungkin anda akan merasa "wang ringgit sebenarnya tak ada nilai apabila anda berada di situ "Kota Makkah"

"Saya Harap Saya Berada Di sana" berhenti di sini untuk "article, Saya Harap Saya Berada Di Sana"[left-sidebar]


Kota Madinnah

Kota Madinah, Saudi Arabia

 
Kota Madinah berbeza dengan bandar bandar lain di negara Arab Saudi, kota ini bersih serta mempunyai bangunan bangunan yang tersusun rapi.
 
Kota ini akan menjadi sejuk dalam bulan Nov, Dec, Jan, dan awal bulan Feb, sekiranya anda ingin melawat Kota Madinah dalam linkungan bulan tersebut ialah yang terbaik, bagi mereka yang tak tahan dengan cuaca panas yang melebihi 40 celsius.

Kehidupan masyarakat disini "simple" sahaja, kebanyakan mereka memakai pakaian tradisi sahaja, serta ramah tamah. Peniaga membuka gedung mereka mengikut waktu, iaitu waktu selepas sembahyang fardhu dan akan ditutup bila kedengaran suara azan.

Tak ada gedung gedung besar untuk membeli belah disini kecuali cukup dengan deretan kedai yang besederhana sahaja menjual pakaian, "jewellery" dan cendera mata serta elektronik.

Advertizing

Add Your Banner

Blog Nikmati Santai, Compatible view with, Chrome, Firefox, Internet Explorer, Apple and more, as well Best view for Mobile or All type of Tab

Nikmati

Nota

Dilarang sama sekali membuat salinan photo dan lain lain dalam blog ini adalah hakcipta terpelihara.

Topic Archive