E mpat tahun aku kerja sebagai operator pengeluaran di sebuah kilang membuat screen TV yang terletak di Shah Alam, Selangor. Antara suka duka, cinta, ya ada cinta yang bertaut tapi hati aku tidak merasa ia hadir
Birmingham Canal, berhampiran dengan "Bobby Brown" cafe |
Semasa bekerja di Radisson pengalaman / pengetahuan aku semakin meluas tentang melancong, dipendekan cerita, aku cuba mencari tiket penerbangan, dengan harga RM1600.00 (return). KLIA to Singapore- London. pada ketika itu KLIA baru sahaja dibuka.
Aku mengambil cuti seminggu lebih, akhirnya cita cita ku menjadi kenyataan, berlepas pada pukul 11malam di KLIA menuju ke Changgi Airport menaiki Jumbo Airlines.
Semasa dalam penerbangan aku berada di belakang seat Najib Ali (Artis Singapore), hidangan makanan cukup sedap, aku hanya makan dan menonton Movie's, dan tidur hanya sekejap sekejap, kerana hati terlalu teruja. Sehingga aku terpaksa masuk tandas flight, aduh peliknya tandas kapal terbang, apa boleh buat dan terdesak, on sahaja.
Semasa dalam Heathrow Airport, aku sudah dapat merasa aura Kota London, setelah keluar dari dari pintu perlepasan aku merasa seolah olah berada disuatu tempat yang aku pernah sampai, tapi hakikatnya belum. Angin lembut bertiup, terlu dingin sehingga meresap dalam dalam tulang temulang, segar dan nyaman.
Sungai di tengah bandar |
Kemudian aku menuju ke Birmingham, Stafforshire, di sinilah kenangan yang terindah dalam hidup ku, dan disinilah yang mengubah hidup ku.[no-sidebar]
No comments:
Post a Comment