About Attraction Contact Privacy Policy Travel Blog

Nikmati Santai ke Negara Negara Eropah

Nikmati Santai,Culture, salah satu tarikan yang unik, dimana ia dapat memberikan kita satu inspirasi serta kepuasan diri apabila melihat segolongan masyarakat yang berbeza beza.


Nikmati Santai
Nikmati Santai, Dublin City

Tarikan lain seperti, cuaca yang cukup menyengarkan, di negara eropah mempunyai 5 musim yang berbeza, hampir kesemuanya mempunyai ciri ciri tersendiri, contoh musim "summer" iaitu musim panas, walaupun panas akan tetapi keadaan suasana sebenarnya dingin akan tetapi anda tak perlu memakai baju tebal, cukup sehelai jaket kulit atau jaket linen yang agak tebal.

Angin yang bertiup di negara eropah sentiasa dingin dan menjadi semakain sejuk apabila petang menjelma, sehingga anda terasa sejuknya hingga ke tulang sum sum.


Pendek kata, anda tak akan berasa "boring" berada di negara-negara eropah, terutama melancong ke kawasan "countryside". Keindahan alam semulajadi cukup indah dengan tumbuhan-tumbuhan liar yang pelbagai warna daun, ada berwarna hijau, kuning, kemerahan jingga.

Kehidupan penduduk setempat agak simple, mereka keluar rumah hanya berjalan kaki untuk ke pasar mahupun bersiar siar, ada yang berbasikal, jarang sekali mereka menggunakan kenderaan ke bandar kecuali untuk membeli keperluan dengan jumlah yang banyak mereka akan menggunakan kereta, selebihnya mereka gemar menggunakan "public transport" serta hanya berjalan kaki.

Kebersihan salah satu kenapa negara Eropah kelihatan sentiasa indah

Kebanyakan daerah atau bandar, mahupon kawasan perkampungan, negara eropah sentiasa bersih dari cebisan sampah seperti plastik, paper bag dan sebagainya. Keadaan "lanscape" tanah eropah terjadi secara semulajadi, begitu juga tumbuhan disekeliling kiri kanan jalan, dipadang dan dimana sahaja, ia tumbuh dengan segar tanpa dirosakan oleh manusia. Tiada istilah rasa jemu bila anda berada di eropah kecuali bagi mereka yang tak sukakan cuaca dingin, tak memerlukan udara yang segar, tak memerlukan oksigen dari kehijauan tumbuhan-tumbuhan liar.

Bagaimana suasana di bandar

Masyarakat di bandar hidup mereka bersocial, dengan gaya penampilan yang cukup kemas serta cantik, dan bermacam-macam gaya yang terpesona mata memandang. Mereka gemar ke cafe dan hanya meminum kopi dan duduk dimeja dalam tempoh agak lama sambil membaca "newspaper, magazine dan sebagainya". Activiti ini berlarutan kerana mereka sebenarnya, ingin menikmati suasan tenang dalam ribuan manusia yang lalu lalang dalam pelbagai gaya.

Disepanjang jalan dalam sebuah kota, anda akan dapat menyaksikan pemuzik jalanan, mereka pandai memainkan peranan dan tidak pula menggunakan muzik yang sakit telinga mendengar, hampir kesemua mereka menggunakan alunan muzik yang lembut mengikut waktu serta suasana sekeliling.

Melancong ke negara-negara eropah cukup hanya lepak dicafe dan tak perlu untuk membeli belah, kerna anda tak akan pernah rasa jemu walaupon berkali kali datang ke tempat yang sama. tetapi suasana berlainan.

No comments:

Post a Comment

Advertizing

Add Your Banner

Blog Nikmati Santai, Compatible view with, Chrome, Firefox, Internet Explorer, Apple and more, as well Best view for Mobile or All type of Tab

Nikmati

Nota

Dilarang sama sekali membuat salinan photo dan lain lain dalam blog ini adalah hakcipta terpelihara.

Topic Archive