Pantai atau lautan, memberi persepsi yang berbeza serta mempunyai keindahan yang tersendiri, pantai akan menjadi indah dan menjadi traikan jika ia bebas dari kotoran serta mempunyai deretan tumbuhan liar seperti pohon hijau yang rendang seperti pokok Rhu, pohon Kelapa.
Perhentian Islan yang terletak di Kuala Besut sempadan negeri Kelantan |
Namun begitu, bukan semua pantai menjadi tarikan utama, kali ini "Nikmati Santai" membawa anda ke bahagian timur Malaysia, kerana sebelah timur suasana lautan amat berbeza dengan pantai-pantai yang berada dibahagian barat Malaysia.
Kenapa Pantai Sebelah Timur Menjadi Tarikan?
Pantai yang terletak disebelah timur mempunyai keunikan tersendiri, salah satunya keunikan waktu senja, dimana warna lautan bertukar kemerahan oren dan menghijau bila tiba waktu petang. Angin laut sentiasa bertiup tenang terutama pada musim panas.
Kehidupan tumbuhan juga berbeza, hampir kesemua pantai yang terletak disebelah dihiasi dengan pohon rhu, pohon kelapa serta pepohon lain yang merendang dan menjadi tempat "santai" untuk beristirehat, tidur diusapi bayu laut China Selatan.
Pantai disebelah timur Malaysia
Termasuk di negeri Pahang, negeri Kelantan, Terengganu. Pantai yang popular di negeri Pahang termasuk, Pantai Cherating, Teluk Cempedak, Pantai Balok.
Pantai Balok, dipantai ini mempunyai bongkah batu yang mengunjur ditengah jauh ketengah pantai/laut menambahkan keindahan panorama. Pantai turut dilengkapi kemudahan rekreasi berkhemah kepada orang ramai, luncur angin antara aktiviti utama di Pantai Balok.
Pahang ialah negeri didalam Semenanjung Malaysia dan ia menjadri tarikan santai eko pelancongan negara utama. Jika anda peminat alam semulajadi serta pengembaraan, "Taman Negara" ialah tempat yang bersesuaian harus anda lawati. Aktiviti atau suasana yang menarik mendengar suara unggas, taman Negara juga dihiasi pelbagai pohon-pohon herba, anak sungau serta jeram dan mendaki gunung.iaitu "Gunung Tahan" adalah gunung yang tertinggi di Semenanjung Malaysia
Nikmati Santai Sebelah Timur Malaysia
No comments:
Post a Comment