Camar dan merpati bermain angin |
Apa yang lalui hanyalah rutin seharian, bangun pagi mengerjakan yang harus sebelum nenulakan perjalanan ke tempat kerja.
Tapi itu semua adalah "Apa Yang Anda Tak Pernah Terfikir" bangkit waktu dinihari kabus telah memutih menutup bumi, embun yang dingin dan menitis dihujung dedaun, kadangkala bayu memupuk lembut membawa bauan hirisan roti bakar, serta bau "lavender" dipadang.
Tiada bunyi bising hon kenderaan di jalan, yang anda dengar hanya bisikan beburung, "Humingbird" dan juga bising suara bebiri dipadang, serta bunyi kepak merpati bermain bersama angin.
Extra Travel to Portugal - Perumahan dan bandar di tepi sungai |
Di jalan manusia berbasikal dan berjalan ada yang lepak ditepi meja kopi, membaca suratkhabar hari ini, sedang mata ke kiri kekanan melihat suasana, kehidupan dan manusia harian sambil diteman bunyi angin bertiup disebalik pepohon "pine" sedang maple merimbun. Waktu pagi yang terlalu indah.
Tengahrinya, matahari memberi sinar, sedang anda berdiri ditepi blok kedai atau bangunan, sekadar menghirup udara yang segar, angin tak juga terhenti menepuk dahi dan menyelak rambut mu. Bau aroma kopi, bau roti bakar, bau haruman bunga liar itu adalah rutin harian anda di "Eropah", Hotel, Penginapan, Makanan, Travel taman yang hijau, tasik dan canal di tepi bandar.
Tiada penyeluk saku, apa lagi yang anda inginkan? adakah bangun pagi melihat manusia bagai tiada arah, kenderaan sesuka hati ke kiri ke kanan, anda melompat lari, terpijak najis, percikan air melimpah dirempuh kenderaan di tepi lopak. Mungkin juga merasa haba panas mencekik kulit. Terkena sumpahan manusia itu biasa kerana lambat melintas jalan. "Itu Perkara Biasa Ditempat Anda".
Link Text
TRAVEL WITH ME
Mencari Hotel
Flynn Boyle
No comments:
Post a Comment