Pasal cinta monyet ada la juga menghantui jiwa, kadang kadang ia juga menjadi beban, apatah lagi bercampur dengan cara kerja yang tiada budi bicara dari majikan.
Sehingga penulis lari ke luar negara, jauh dari tanah air, beribu batu merentasi lautan dan gunung ganang, merentasi gunung "Everest" dan berada diatas lautan air yang biru serta padang pasir, maka sampailah penulis di sebuah negara yang dipanggil "Eropah".
Pertama kali menjejak kaki di bumi ini, "Terasa satu aura indah meresap masuk dalam badan, sekaligus hati ini menjadi tenteram," ditambah kedinginan angin yang bertiup dengan lembut, terlalu dingin, suasana yang cukup bersih, pepohon lurus bewarna warni.
Membuka jiwa ini bahawa, Allah sungguh indah, menjadikan bumi yang cukup cantik, rupanya ada keindahan, tenteram, damai, di dunia ini. Perjalanan itu membuka hati dan mendekati dengan keindahan, kesyukuran.
Semasa berada di sini, penulis mula menghayati suasana sekeliling, sambil berihatkan jiwa di meja kopi, mata tak henti meninjau ninjau, bibir selalu tersenyum, sedang rokok semakin kehabisan, termenung sejenak, mengingati kisah suka dan duka di tanah air yang penuh luka, seolah ia hilang dengan sekelip mata, tiada duka tiada luka, tiada cinta yang mendekati kisah kekasih yang selalu menduka, membuat jiwa terhiris bagai sembilu. "Di bumi Eropah, terpadam segala kisah cinta itu, yang ada cuma, kesyukuran, hati menjadi terlalu indah serta tenteram, seolah air membiru di muara Limerik City yang Tenang".
Tentang bayu dan angin, suasana, usah dipertikai, kerana ia cukup tenang meresap dalam jiwa, mendodoikan hati yang dahulu kecewa, tiada lagi di sini, "Eropah".
Tulang temulang terasa begitu lembut didinginkan oleh bayu sutera, pemikiran turut menjadi segar, terasa ringan tanpa tekanan, yang ada cuma aku dan bumi eropah, pepohon, rumput, air membiru, burung camar yang hinggap dihujung meja kopi.
Link Text
TRAVEL WITH ME
Mencari Hotel
Flynn Boyle [no-sidebar]
No comments:
Post a Comment