About Attraction Contact Privacy Policy Travel Blog

Nikmati Santai di tepi pantai

Santai, kebanyakan orang ramai tidak meluangkan masa bersantai dihujung minggu mahupon mengambil masa untuk bercuti bersama keluarga serta bersama kawan-kawan, malah berseorangan.

 

Nikmati santai
Bersantai dibawah pepohon kayu yang rendang sambil menikmati udara pantai

Segolongan darinya bijak mengatur masa diantara kerja dan "Nikmati Santai" bagi mereka yang tidak mahu bersantai bukanlah tiada pengetahuan akan tetapi mereka hanya sibuk mencari wang ringgit, memikirkan tentang kesenangan hidup, sehingga mereka leka dan tidak mengambil tahu bahawa santai adalah perkara yang harus dilakukan.



Bersantai bukan sahaja merehatkan minda, menghilangkan stress, tetapi santai dapat mengembalikan aura seseorang dari murung menjadi ceria, itulah aura.

Untuk pergi bersantai anda tidak wajib mengumpul wang ringgit hingga banyak baru membuat perancangan, contohnya bersantai di pulau-pulau yang terdapat berdekatan dengan anda, bersantai ditepi tasik yang dikelilingi pepohon serta tumbuhan liar. Malah bersantai ditepian pantai sambil menikmati makanan dan minuman kegemaran anda.

jus
Nikmati Minuman Santai ditepi pantai

 

Terdapat banyak tempat-tempat menarik untuk bersantai seperti menikmati redup cuaca dibawah pepohon ditepian pantai, nikmati udara yang segar bertiup tanpa henti. Apa yang perlu anda lakukan hanya memasang "buaian" atau beralaskan kain diatas permukaan tanah/pasir dibawah timbunan pepohon yang rendang. jauh dari kesibukan kota, suasana bising datang dari enjin kenderaan, udara yang berdebu serta kotor  asap yang berbahaya  keluar dari kenderaan mahupon dari jentera berat ditempat pembangunan.

Kesilapan banyak terjadi dan tidak peka dengan kesihatan melakukan senaman ditengah kota dan melakukan "jogging". Ia sebenarnya bukan pilihan yang tepat berjogging mengelilingi kota kerana secara tak lansung anda sedang menghirup udara kotor yang keluar dari kenderaan ditepi jalan.

Nikmati Santai bukan sahaja "relek" ditepi pantai, malah anda boleh melakukan aktiviti seperti berjogging, berbasikal dan duduk berihat sambil menjamu selera dibawah pepohon yang menghijau serta tenteram.


flag tripBersantai di tepi pantai

No comments:

Post a Comment

Advertizing

Add Your Banner

Blog Nikmati Santai, Compatible view with, Chrome, Firefox, Internet Explorer, Apple and more, as well Best view for Mobile or All type of Tab

Nikmati

Nota

Dilarang sama sekali membuat salinan photo dan lain lain dalam blog ini adalah hakcipta terpelihara.

Topic Archive