Empat malam lepak di Holborn Street, masih tak terasa puas bersiar siar di Kota London, dan malas nak pulang ke Limerick, Ireland. Di Holborn Street tak ada yang special akan tetapi tempat ini cukup indah, udara yang bersih, jalan yang bersih, terdapat banyak Restoran, terutama "Italian Authentic".
Cafe di Holborn Street Kota London |
Kedai runcit "Grocery Store" serta Shopping Complek pelbagai pilihan terdapat di sini, namum itu bukan pilihan Penulis datang bercuti ke Holborn Street. Akan tetapi pilihan sebenar ialah untuk "relax" lepak sambil menikmati udara yang dingin serta bersih dan segar. Pepohon menghijau dan ada bewarna keemasan, cukup menarik mata memandang.
Paginya, penulis akan bergegas keluar menuju ke Subway Station yang berada tidak jauh dari penginapan, hanya beberapa langkah sahaja. Apa lagi, tempat yang menjadi pilihan Penulis ialah "Picadilly Circus" tempat yang popular di Kota London. Tujuan ke Picadilly tidak lain dan tidak bukan, hanya lepak, sambil pekena Kopi illy secawan dan sebatang rokok, cukup memenangkan fikiran sambil melihat gelagat orang ramai yang berpusu pusu ke sini.
Selamat datang ke Holborn Street United Kingdom |
Apa yang Penulis dapat pengetahuan di sini, di Kota London terutama di Picadilly Circus, tiada kanak kanak cuma segelintir keluarga sahaja membawa kanak kanak bersiar di sini, itu pon pasti "Pelancong" kerana rakyat di sini tak suka membawa anak anak ke Bandar, kerana pengaruh social terlalu tinggi dan tak sesuai bagi golongan bawah umur. Sama juga di Kota Bermingham United Kingdom
Yang Penulis hairan, hati ini tak terasa jemu dan rasa penat berjalan di lorong lorong Kota London, kerana penulis dapat melihat pelbagai karenaah, budaya, adat, cara berpakaian, tidak banyak rakyat di sini membawa kereta, yang ada cuma teksi, bus, train, dan berbasikal. Kebanyakan orang orang di sini berjalan kaki. Itu salah satu sebab disekitar Kota London menjadi popular serta menjadi tarikan utama, ditambah pula kebersihan alam sekitar, udara yang segar, dan cukup dingin, sekaligus membuatkan kita menjadi tenang serta bertenaga.
London United Kingdon |
Keunikan, malah ia sama sahaja di mana mana tempat di Kota London ialah, "Cafe" ia terletak di tepi jalan, dimana tempat orang ramai lalulalang, cuma dipagari pepohon kecil serta bunga bungaan. Cara penulis lepak di Picadilly Circus sama sahaja dengan masyarakat di sini, mereka juga lepak, relax, sambil pekena Kopi bserta rokok dan ada pula yang menghisap paip, berpakaian "Coat" yang labuh, malah bermacam "Style" lagi. Muzik selalu diudarakan dengan pelbagai tempo atau rentak mengikuit suasana semasa. Apabila senja menjelang, Wah!!! bertambah "Havoc" Kota London dan di mana mana sahaja.
Penghibur Jalanan Di Kota London, akan berjumpa macam macam "entertainment" yang menarik di Kota London, terutama di Picadilly Circus. |
Flag Trip-London
Untuk bersarapan malam, pada kebiasaannya "Penulis" akan mencari "Italian Cafe" dapat sepinggang pasta sudah memadai, memenuhi hari di London yang cukup pesona, cukup indah, cukup bersih, cukup dingin serta nyaman sekali. Aduhai angin yang bertiup terasa dinginnya menyentuh diri. Terasa bumi ini milik ku, indahnya bumi, indahnya suasana, indahnya Kota London.[no-sidebar]
No comments:
Post a Comment