About Attraction Contact Privacy Policy Travel Blog

Penulis Masuk Lokap Di Pergunungan Negara German


Pengalaman suka duka penulis ditangkap di "Airport Frankfurt" "Ngeri Tapi Best". Sebelum penulis menceritakan suka duka ini, biar penulis menerangkan, kenapakah pengembaraan ini menjadi terlalu taksub dalam hidup penulis.

Perancangan untuk ke Frankfurt German memang telah lama dirancang, iaitu sejak penulis berada di Negara Ireland, iaitu negara terindah dan menjadi Kampung dalam sanubari Penulis, selama 2tahun penulis menjadi rakyat "Irish".Ya penulis memang jatuh cinta disini.

Extra
Pengalaman Suka Duka Di German Sampai Masuk Lokap
Selepas bertolak dari rumah, di sebuah tempat yang diberi nama :Limerick City" dan sampai di Ibbu Kota Dublin, pada sebelah petang iaitu hampir senja, dan bermalam di sebuah "Motel Inn".

Dengan penuh keterujaan dan hati bergolak golak riang, rupanya "Paspport" dan sedikir Euro telah dicuri dan bukan hilang. Ini juga menjadi pengalaman dalam sanubari penulis.

Maka terpaksalah, berpatah balik ke Limerick City di rumah, dan membuat rancangan  Ke Kota London untuk membuat passport baru yang terletak di Trafalgar Square Iaitu "Malaysia Embassy" Process membuat passport baharu bagi Negara Malaysia akan mengambil masa setahun baru siap jika ia berpunca dari kehilangan.

Maka bertahun lagilah penulis berada di Kota Dublin dan Ulang alik ke Kota London, oleh kerana membuat passport yang baru mengambil masa yg lama, maka penulis mencuba "Luck" masuk ke negara German dengan menggunakan Emengency Passport dan Pass kerakyatan "Republic Of Ireland".

Rupa rupanya, mendung tidak selalunya hujan, cuma kabus kabus yang berterbangan bersama angin dingin di Kota Frankfurt telah tertahan. Tidak sempat penulis meneguk secawan kopi "Davidoff" dan sebatang rokok yang juga beraroma, ikaitu rokok buatan negara "Germany"

Apa lagi penulis dibawa masuk bilik rahsia yang serahsianya, di sini penulis dilontarkan beberapa soalan, kebanyakan soalan semua dapat penulis menepis akan tetapi ia agak sukar kerana, orang german bukanlah faham sangat bahasa "London"

Pegawai pegawai dan beberapa ahli polis berdiri mengelilingi penulis, selepas berpuas hati dengan jawapan penulis, dan tiada sebarang unsur jenayah seperti membawa dadah, ganja, selepas anjing pengesan berada dekat dan tak ada "reaction" maka seorang pegawai tersebut menyuruh penulis menaggalkan pakaian,

Ingatkan baju dan seluar sahaja rupanya kena buat seperti "baby" yang baru lahir, bukan anjing yang menghidu lagi tetapi pegawai tersebut menyelak paha penulis, bimbang dan ragu penulis menyimpan dadah atau ganja dalam "tut-tut-tut"

Well, It was good managed by them, maka penulis harus meninggalkan kota Frankfurt dalam jangka masa terdekat, namun disebabkan oleh sukar untuk pegawai pegawai mengurukan tiket penerbangan, penulis dibawa ke sebuah pergunungan yang cukup indah, dingin sedinginya  Melalui kawasan yang berbukit bukit, ladang gandum luas terbentang, tasik yang luas, bunga bunga liar tumbuh mengembang, maka sampai lah penulis bersama ahli Jabatan Polis. di Kem tahan serta perumahan bagi pekerja polis. Kalau di Kuala Lumpur iaitu, "Dang Wangilah atau di Bukit Aman".

Sebelum matahari tenggelam, pegawai polis memberi penulis sebatang rokok serta kopi dan roti bersama cheese untuk dijadikan sarapan malam sebelum bermalam di dalam lokap. Ummph merasa jugak penulis tidur dalam lokap di gunung, Sejuknya jangan bertanya, memang sejuk maklumlah negara Eropah, walau pun di musim "Summer".

Mereka tersenyum sahaja bila penulis mengajukan pertanyaan, rupanya mereka kurang faham, sesekali sahaja berkata kata dalam bahasa "London" tapi mereka semua baik hati, tidak melakukan kejahatan bagi tahanan, mungkin juga kerana penulis tiada unsur jenayah, cuma kesalahan memasuki negaranya tanpa " Passport" yang sah.

#StayTune With Penulis dalam #ExtraTicket.

No comments:

Post a Comment

Advertizing

Add Your Banner

Blog Nikmati Santai, Compatible view with, Chrome, Firefox, Internet Explorer, Apple and more, as well Best view for Mobile or All type of Tab

Nikmati

Nota

Dilarang sama sekali membuat salinan photo dan lain lain dalam blog ini adalah hakcipta terpelihara.

Topic Archive