Semasa bermalam di Kota London, penulis menginap di sebuah Hotel Hilton Kessington yang berada tidak jauh dari "subway" Holborn Street. Setiap pagi yang dingin penulis hanya berjalan kaki melalui lorong lorong yang sepi serta sempit, semata mata ingin merasa suasanan Kota London,
Picadilly Circus, terletak berhampiran dengan Carnaby Street |
Kadang kadang penulis menggunakan "Under Ground" iaitu keretapi bawah tanah, teknologi negara UK ketika ini sudah cukup maju, train yang pantas, serta kekerapan waktu, tidak sampai 5 minit untuk bertukar lalaun, train ke destinasi telah pon tiba, orang ramai berpusu pusu menaiki train, mereka mengenakan pelbagai "fashion" yang cantik mata memandang, kemas dan rapi, ada yang memakai pakaian yang dibuat oleh pereka "designer".
Jalan yang sempat penulis lalui di London ialah seperti, Benson & Hedges street, untuk menuju ke kawasan yang "popular" di kota London seperti, Picadilly Circus, Trafalgar Square dan SOHO.
Percayalah sehari suntuk berada di Picadilly Circus, anda tidak akan merasa puas berada di sini, kerana anda akan dihiburkan bersama "Entertainment Street", seperti "Orang Batu / Patung" Pemain Muzik, Pemain Silap Mata serta pertunjukan hiburan yang lain.
SOHO London |
Di sini penulis hanya duduk dibangku sambil meneguk secawan kopi serta sebatang rokok dijari sebagai santapan relax yang cukup, harmoni, tidak terasa panas, dan tidak pula merasa jemu, kerana kebersihan di sini terjaga rapi, udara yang bersih, bauan minyak wangi dari si pemakai melintas ditepi hidung.
Masyarakat di sini cukup pandai memainkan peranan masing masing, mereka tidak membawa kereta serta motor, mereka hanya menggunakan basikal, jadi anda tidak akan berasa rimas, ini ialah salah satu faktor kenapa ramai orang menyukai Kota London serta kota kota yang lain di negara United Kingdom.
Link Text
TRAVEL WITH ME
Mencari Hotel
No comments:
Post a Comment