About Attraction Contact Privacy Policy Travel Blog

Bermalam Di Kota Birmingham UK

Birmingham city bandar yang luas serta mempunyai bangunan bangunan lama serta bersejarah, bandar Birmingham ialah salah satu pusat pengajian dan terdapat banyak University, seperti "University Art Of Design" iaitu University yang terbesar di Birmingham.


Birmingham ialah bandar pertama penulis menjejak kaki selepas "Landing" dari pernerbangan di Heathrow Airport. "Ya Allah pertama kali menjejak kaki di Kota London, terasa terlalu indah dan penulis tidak dapat mengambarkan dengan kata kata, angin yang bertiup terlalu dingin, sehingga meresap ke Tulang Sum Sum, suasana cukup nyaman dan segar, udara yang bersih,

England
Kalau tidak silap Penulis ini ialah bangunan Chatheral atau Church yang telah dijadikan muzium, didalam terdapat lukisan lukisan serta "Art and Design" yang cantik. Anda dilarang merakam gambar di dalam bangunan ini.

"Penulis sampai di Heathrow pada waktu siang iaitu selepas pukul 5 petang waktu UK, dan terus menuju ke bandar Birmingham yang mengambil masa agak panjang untuk sampai ke Destinasi."

Di Birmingham penulis bermalam  di sebuah tempat yang diberi nama "Staffordshire" di bahagian termasuk dalam dalam kawasan perkampungan dan mempunyai bandar kecil akan tetapi ia amat unik. Staffordshire, terletak berhampiran di negara Scotland.

Pada sebelah petang iaitu hampir senja, penulis hanya duduk di anjung rumah dan menikmati pemandangan yang indah, di eropah angin sentiasa menghembus lembut, dan kicauan burung burung liar dipagar sambil mengutip berry dan cherry merah. Sesekali terdengar suara merpati yang hinggap di Chapel tua, bangunan lama yang ditinggalkan.

Setelah masuk waktu malam, cuaca menjadi semakain sejuk dan segar di musim "Summer", kelopak mata seakan layu diulik ulik suasana malam yang penuh sunyi, dingin, sepi, ketika itu perasaan syukur pada Ilahi, merasa dengan nyata, bumi ciptaan yang menarik.

Penulis membiarkan pintu jendela tidak tertutup rapat agar angin malam menyunsur, memang nyata, ia terlalu dingin dan terasa amat shahdu, dan malam itu penulis tidur dengan nyenyak sekali, kadang kadang terfikir dilubuk jiwa,

Alangkah indahnya, jika sentiasa hidup di sini, menikmati bumi yang dikelilingi awan awan kelabu, mendung, dingin, serta dihiasi pepohon hijau, dan pelbagai warna yang cantik dan sedap  mata memandang!

Manakala  diwaktu 6 pagi, penulis sudah bangkit dari sarang peraduan kerana warna oren telah muncul dipinggir langit, namun masyarakat setempat tak jua bangkit, rupanya disini mereka mengubah 1 jam pusingan apabila masuk dalam musim musim yang berbeza.

Extra Ticket
Canal atau Sungai Yang ditengah Bandar Birmingham

Seperti biasa, di awal pagi hanya beburung liar akan berkicau dipagar memetik cherry dan berry, sesekali terdengar salakan anjing menyahut jauh di ladang gandum. Mentari pagi memancar terang namun seperti mana yang penulis terangkan, cuaca memang sentiasa dingin, terasa segar dibadan, menghirup udara yang cukup bersih tanpa sebarang pencemaran udara seperti asap kenderaan, ia tiada disini, "Staffordshire".

Link Text
TRAVEL WITH ME
Mencari Hotel

No comments:

Post a Comment

Advertizing

Add Your Banner

Blog Nikmati Santai, Compatible view with, Chrome, Firefox, Internet Explorer, Apple and more, as well Best view for Mobile or All type of Tab

Nikmati

Nota

Dilarang sama sekali membuat salinan photo dan lain lain dalam blog ini adalah hakcipta terpelihara.

Topic Archive