Kota Madinah - yang terletak di negara Saudi Arabia, perjalanan dari Kota Makkah mengambil masa kira kira 8jam dengan bas.
|
Masjid Nabawi - Masjid Yang Agong - Photographer By Eiremer Odand |
Merentasi padang pasir yang luas bagai lautan, angin yang bertiup membawa bahan panas yang kuat, umpama dari tepian pembakaran yang besar, akan tetapi jika anda pergi pada bulan "November" angin yang bertiup bagai membawa khabar dari "Syurga" terasa dingin menusuk tulang sum sum penulis.
|
Pemandangan Yang Hampir Dengan Makam Rasulullah |
Hampir maghrib penulis tiba di Kota Madinah, setelah bertolak selepas waktu subuh di Kota Suci Mekkah, angin petang bertiup lembut, terasa tenang jiwa, Kota yang bersih tanpa sampah sarap dijalanan. Bangunan tersusun rapi dengan rekabentuk yang begitu unik.
|
Masjid Nabawi Madinah |
Beribu manusia berbaris bagai semut menuju ke Masjid Nabawi, kesemua kedai makan serta kedai menjual cendrahati dan pusat membeli belah tutup dengan ringkas menandakan waktu maghrib telah tiba.
|
Keunikan MAsjid Nabawi Di Madinah City, Arab Saudi |
Bergegas penulis menukar pakaian berlari untuk memasuki kumpulan manusia yang berpusu pusu dicelah bangunan serta di lorong lorong menuju ke masjid yang agung.
Masjid yang amat besar bagaikan stadium olimpik, lantai yang bersih tanpa debu dan sehelai bulu merpati, walaupun di sini terdapat banyak burung merpati berterbangan dan tak se-ekor pon meninggalkan sisa najis, terlalu unik.
|
Masjid Nabawi Kota Madinah |
Tercium harum diruangan masjid dan juga di lapangan, angin dingin masih bertiup ditambah sejuk aircond menjadikan suasanan tenang, aman sentosa.
Sehingga ke waktu pagi orang ramai tak putus putus mengunjungi Masjid Nabawi, begitu juga kedai kedai ada yang dibuka 24jam. Masyarakat di sini sungguh sopan santum, tiada perbezaan darjat, semuanya sama, yang beza cuma bangsa dan warna kulit.
|
Ini ialah Al Haram di Mekah City |
Sekiranya anda mencari ketenangan dan kedamain serta murninya kehidupan kota Mandinah pasti mencatatkan sejarah yang tidak dapat dilupakan sehayat anda. Tidak akan terasa jemu melihat benda yang sama, makanan yang sama, wang ringgit tiada nilai lagi di sini, ia hantalah sekeping kertas kosong, yang paling menyentuh hati ialah memasuki kawasan Makam Baginda, dan pintu Jibril tidak jauh, terasa bagaikan mimpi, mimpi yang nyata.
#Stay Tune With Flag Trips.[left-sidebar]
No comments:
Post a Comment